14/11/10 Selepas sarapan, En. A, Heroku dan aku ke SRAR untuk Majlis Ihtifal dan KOnvokesyen Heroku. En. A dijemput sebagai perasmi majlis, jadi, saya pun dijemput dikerusi VIP juga :). Heroku dijemput untuk memberi cenderahati kepada ayahnya sebagai perasmi majlis. Dengan muka serba tak kena, dia naik juga ke pentas untuk menyampaikan hadiah itu.
Rupanya Heroku dapat tempat ke 2. Alhamdulillah! Apabila disebut namanya untuk menerima hadiah dia tidak juga naik ke pentas. Harulah Heroku ini!! Aku terpaksa ke belakang pentas dan memanggilnya untuk naik ke pentas, takut menggangu perjalanan majlis pula.
Setelah 2 tahun bersekolah tadika dia masih lagi tebal sifat pemalunya. Setelah habis acara kami bergambar pula (sewaktu majlis sedang berjalan, barulah sampai 3 orang Heroinku). Masa inilah aku begitu terharu apabila pengetua tadika itu mengatakan bahawa Heroku masih menyimpan keistimewaan dalam dirinya; menunggu masa untuk 'meletup'. Terima kasih banyak kepada semua guru-guru yang banyak bersabar dengan karenah Heroku yang kadangkala terlampau mencabar kesabaran. Moga ALLAH membalas jasa baik kalian.
Sunday, November 14, 2010
Majlis Ihtifal Heroku
Posted by Qisza at 9:29 AM
Labels: HEROKU, konvokesyen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment