BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 10, 2012

Anak-anak dan periksa

Ya Allah, jenuh nak menghapuskan sawang yang dah begitu tebal di blogku ini! Da setahun kot tak dikemaskini...

Alhamdulillah jerih payah anak-anak yang periksa tahun lalu semuanya menghasilkan keputusan yang lumayan. Bermula dengan MAHFUZAH AZMAN (Ude)yang menghantar mesej dari sekolah.

"Ummi, Ude dapat 5A!" Kata-kata rahmat yang tak pernah terfikir akan keluar darinya memandangkan prestasinya selama hari ini yang sungguh biasa-biasa dan tidak pernah melepasi 3A untuk sebarang ujian. Syukur ya Rabb atas kurniamu ini. Walaupun ramai yang berkata UPSR je pun bukan nak pastikan tempat ke U! Memang baru langkah kecil yang pertama tetapi bagiku langkah penting untuk menentukan di mana dia akan bersekolah menengah dan seterusnya siapakah yang akan berada di sekelilingnya untuk menemaninya melalui alam remaja yang penuh cabaran. Alhamdulillah degan keputusannya itu serta mendapat Jaid Jiddan yang tinggi dalam peperiksaan PSRA, beerjaya menempatkannya ke sekolah menengah agama, Maahad Hamidiah, Kajang. Sekali lagi, Alhamdulillah Ya Allah.

Tanggal 27hb Disember 2011 pula, adalah tarikh rahmat buat SHAFIQAH AZMAN(Acik). Alhamdulillah dia berjaya mendapat A bagi semua 9 matapelajaran yang telah diambil sewaktu PMR di SMKA Maahad Hamidiah. Dengan itu menambahkan curiga kami untuk melepaskannya ke Program Pendidikan Permata Pintar, UKM yang telah ditawarkan kepadanya berdasarkan keputusan Ujian UKM3 ketika dia menghadiri Perkhemahan Permata Pintar yang baru lalu. Menjadi lumrah manusia untuk berhati-hati membuat langkah pertama bagi sesuatu yang baru. Beria benar dia ingin menyambung pembelajarannya di sana. Siap membentangkan 'pro dan con'nya sekali jika dia ke sana. Setelah mempastikan yang dia akan dapat meneruskan pembelajaran Arab Tinggi, Syari'ah serta Pengajian Qur'an dan Sunnah di PPPP, akhirnya kami bersetuju untuk menerima tawaran di tempat baru itu. Akhirnya pada 16hb Januari 2012 dia mendaftarkan diri sebagai pelajar yang tidak mempunyai 'sekolah' tetapi hanya ada 'kompleks'!

Bagi SAKINAH AZMAN(Alang) pula tarikh 23hb Mac 2012 merupakan hari yang paling gembira kerana memperolehi 7A+ dan 2A dlam peperiksaan SPMnya yang lalu. Alhamdulillah anakku dapa A lurus! Segala kesusahannya selama berada di tempat yang terasing sungguh berbaloi dengan usahanya selam hari ini. Moga cita-citanya untuk melajutkan pelajaran di bidang perubatan di luar negara akan tercapai walaupun peluang yang ditawarkan JPA dan MARA seakan tak kunjung tiba sehingga ke hari ini, 10hb April 2012.

Friday, April 1, 2011

LUQMAN KENARI: CABUT GIGI

LUQMAN KENARI: CABUT GIGI: "Selasa 15 Mac 2011, ayah & ummi bawa Luqman cabut gigi di KLINIK PERGIGIAN DR LEEN di No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, off J..."

Thursday, November 18, 2010

Cuti Sekolah

Sebelum cuti sekolah bermula secara rasmi, anak-anak sudah pun berkumpul semuanya. Dari yang berada di U hinggalah yang berada di Tadika. Memang penat hendak mengumpulkan kesemuanya. Mula-mula pergi mengambil Alang di Merbok. Keesokannya terus ke Kuala Pilah mengambil Angah pula. Acik diambil oleh Pakcik Duan pada petang hari Khamis, 4/11/2010.  Alhamdulillah sudah sekumpul kesemuanya.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Ihtifal Heroku

14/11/10  Selepas sarapan, En. A, Heroku dan aku ke SRAR untuk Majlis Ihtifal dan KOnvokesyen Heroku. En. A dijemput sebagai perasmi majlis, jadi, saya pun dijemput dikerusi VIP juga :). Heroku dijemput untuk memberi cenderahati kepada ayahnya sebagai perasmi majlis. Dengan muka serba tak kena, dia naik juga ke pentas untuk menyampaikan hadiah itu.
    Rupanya Heroku dapat tempat ke 2. Alhamdulillah! Apabila disebut namanya untuk menerima hadiah dia tidak juga naik ke pentas. Harulah Heroku ini!! Aku terpaksa ke belakang pentas dan memanggilnya untuk naik ke pentas, takut menggangu perjalanan majlis pula.
     Setelah 2 tahun bersekolah tadika  dia masih lagi tebal sifat pemalunya. Setelah habis acara kami bergambar pula (sewaktu majlis sedang berjalan, barulah sampai 3 orang Heroinku). Masa inilah aku begitu terharu apabila pengetua tadika itu mengatakan bahawa Heroku masih menyimpan keistimewaan dalam dirinya; menunggu masa untuk 'meletup'. Terima kasih banyak kepada semua guru-guru yang banyak bersabar dengan karenah Heroku yang kadangkala terlampau mencabar kesabaran. Moga ALLAH membalas jasa baik kalian.



Saturday, October 30, 2010

BOOK READ JEMARI SENI

Hari ini 30/10/2010, telah menghadiri sesi Bicara Buku di Jemari Seni. Alhamdulillah banyak perkara baru yang dipelajari petang tadi. Buku yang diulas oleh Puan Suraya adalah KRISTAL KRISTAL tulisan MisDhiyaz dan SUKA SAYA? YA, SUKA SAYA? TIDAK oleh Manjalara diulas oleh Puan Nawwir.

Alhamdulillah ada rezeki dapat sebuah yang ditulis oleh Ana Farhana, 3 CAMPUR 1 = Satu. Sahabat lama, Dr. Faridah yang baru tiba dari Ipoh juga berjaya mendapatkan buku tersebut dengan memberi pandangan terhadap buku Manjalara. Buku ini tiba sewaktu saya baru saja sampai di JS.**Hot from the oven**

BALQIS MZ

Assalamualaikum Semua

Rasa kelakarlah pulak; baru belajar membuat blog  dari Encik A. Terima kasih banya En. A.
Jangan ketawa melihat usaha saya, ya?

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 
(2009, PWTC)