Sebelum cuti sekolah bermula secara rasmi, anak-anak sudah pun berkumpul semuanya. Dari yang berada di U hinggalah yang berada di Tadika. Memang penat hendak mengumpulkan kesemuanya. Mula-mula pergi mengambil Alang di Merbok. Keesokannya terus ke Kuala Pilah mengambil Angah pula. Acik diambil oleh Pakcik Duan pada petang hari Khamis, 4/11/2010. Alhamdulillah sudah sekumpul kesemuanya.
Thursday, November 18, 2010
Sunday, November 14, 2010
Majlis Ihtifal Heroku
14/11/10 Selepas sarapan, En. A, Heroku dan aku ke SRAR untuk Majlis Ihtifal dan KOnvokesyen Heroku. En. A dijemput sebagai perasmi majlis, jadi, saya pun dijemput dikerusi VIP juga :). Heroku dijemput untuk memberi cenderahati kepada ayahnya sebagai perasmi majlis. Dengan muka serba tak kena, dia naik juga ke pentas untuk menyampaikan hadiah itu.
Rupanya Heroku dapat tempat ke 2. Alhamdulillah! Apabila disebut namanya untuk menerima hadiah dia tidak juga naik ke pentas. Harulah Heroku ini!! Aku terpaksa ke belakang pentas dan memanggilnya untuk naik ke pentas, takut menggangu perjalanan majlis pula.
Setelah 2 tahun bersekolah tadika dia masih lagi tebal sifat pemalunya. Setelah habis acara kami bergambar pula (sewaktu majlis sedang berjalan, barulah sampai 3 orang Heroinku). Masa inilah aku begitu terharu apabila pengetua tadika itu mengatakan bahawa Heroku masih menyimpan keistimewaan dalam dirinya; menunggu masa untuk 'meletup'. Terima kasih banyak kepada semua guru-guru yang banyak bersabar dengan karenah Heroku yang kadangkala terlampau mencabar kesabaran. Moga ALLAH membalas jasa baik kalian.
Posted by Qisza at 9:29 AM 0 comments
Labels: HEROKU, konvokesyen
Saturday, October 30, 2010
BOOK READ JEMARI SENI
Hari ini 30/10/2010, telah menghadiri sesi Bicara Buku di Jemari Seni. Alhamdulillah banyak perkara baru yang dipelajari petang tadi. Buku yang diulas oleh Puan Suraya adalah KRISTAL KRISTAL tulisan MisDhiyaz dan SUKA SAYA? YA, SUKA SAYA? TIDAK oleh Manjalara diulas oleh Puan Nawwir.
Alhamdulillah ada rezeki dapat sebuah yang ditulis oleh Ana Farhana, 3 CAMPUR 1 = Satu. Sahabat lama, Dr. Faridah yang baru tiba dari Ipoh juga berjaya mendapatkan buku tersebut dengan memberi pandangan terhadap buku Manjalara. Buku ini tiba sewaktu saya baru saja sampai di JS.**Hot from the oven**
Posted by Qisza at 9:32 AM 0 comments
BALQIS MZ
Assalamualaikum Semua
Rasa kelakarlah pulak; baru belajar membuat blog dari Encik A. Terima kasih banya En. A.
Jangan ketawa melihat usaha saya, ya?
Posted by Qisza at 9:07 AM 0 comments