BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 10, 2012

Anak-anak dan periksa

Ya Allah, jenuh nak menghapuskan sawang yang dah begitu tebal di blogku ini! Da setahun kot tak dikemaskini...

Alhamdulillah jerih payah anak-anak yang periksa tahun lalu semuanya menghasilkan keputusan yang lumayan. Bermula dengan MAHFUZAH AZMAN (Ude)yang menghantar mesej dari sekolah.

"Ummi, Ude dapat 5A!" Kata-kata rahmat yang tak pernah terfikir akan keluar darinya memandangkan prestasinya selama hari ini yang sungguh biasa-biasa dan tidak pernah melepasi 3A untuk sebarang ujian. Syukur ya Rabb atas kurniamu ini. Walaupun ramai yang berkata UPSR je pun bukan nak pastikan tempat ke U! Memang baru langkah kecil yang pertama tetapi bagiku langkah penting untuk menentukan di mana dia akan bersekolah menengah dan seterusnya siapakah yang akan berada di sekelilingnya untuk menemaninya melalui alam remaja yang penuh cabaran. Alhamdulillah degan keputusannya itu serta mendapat Jaid Jiddan yang tinggi dalam peperiksaan PSRA, beerjaya menempatkannya ke sekolah menengah agama, Maahad Hamidiah, Kajang. Sekali lagi, Alhamdulillah Ya Allah.

Tanggal 27hb Disember 2011 pula, adalah tarikh rahmat buat SHAFIQAH AZMAN(Acik). Alhamdulillah dia berjaya mendapat A bagi semua 9 matapelajaran yang telah diambil sewaktu PMR di SMKA Maahad Hamidiah. Dengan itu menambahkan curiga kami untuk melepaskannya ke Program Pendidikan Permata Pintar, UKM yang telah ditawarkan kepadanya berdasarkan keputusan Ujian UKM3 ketika dia menghadiri Perkhemahan Permata Pintar yang baru lalu. Menjadi lumrah manusia untuk berhati-hati membuat langkah pertama bagi sesuatu yang baru. Beria benar dia ingin menyambung pembelajarannya di sana. Siap membentangkan 'pro dan con'nya sekali jika dia ke sana. Setelah mempastikan yang dia akan dapat meneruskan pembelajaran Arab Tinggi, Syari'ah serta Pengajian Qur'an dan Sunnah di PPPP, akhirnya kami bersetuju untuk menerima tawaran di tempat baru itu. Akhirnya pada 16hb Januari 2012 dia mendaftarkan diri sebagai pelajar yang tidak mempunyai 'sekolah' tetapi hanya ada 'kompleks'!

Bagi SAKINAH AZMAN(Alang) pula tarikh 23hb Mac 2012 merupakan hari yang paling gembira kerana memperolehi 7A+ dan 2A dlam peperiksaan SPMnya yang lalu. Alhamdulillah anakku dapa A lurus! Segala kesusahannya selama berada di tempat yang terasing sungguh berbaloi dengan usahanya selam hari ini. Moga cita-citanya untuk melajutkan pelajaran di bidang perubatan di luar negara akan tercapai walaupun peluang yang ditawarkan JPA dan MARA seakan tak kunjung tiba sehingga ke hari ini, 10hb April 2012.